Kete Standard pun Bole Join.. Janji Proton..

http://protonownerclubmsia.blogspot.com

Thursday, January 24, 2013

Gambar Proton Preve Facelift Design Yang Terkini..



Proton Preve 2012 Gambar Proton Preve Facelift Design Yang Terkini. Apa Komen Anda?
Proton Preve Facelift

Ramai rupanya anak tempatan kita yang berbakat dalam di mana bidang rekabentuk sehingga terhasilnya rekaan yang dilakukan seperti yang anda lihat pada gambar Proton Preve di atas ini.
Sekali pandang rekaan Proton Preve Facelift yang dilakukan oleh pemilik portal www.fenoria.com ini, masih lagi mengekalkan identiti Proton Preve. tetapi apabila diteliti daripada aspek beberapa elemen pengubahsuaian rekabentuk yang cuba diterapkan tampak ada dipengaruhi elemen rekabantuk daripada Hyundai Sonata/Elantra. Walaubagaimanapun,kami boleh katakan satu usaha yang baik daripada kalangan anak tempatan. Tahniah kami ucapkan…
Hakikatnya idea-idea tempatan sememangnya banyak. Kebanyakan rekaan yang terhasil adalah sangat menarik. Proton styling designer pun sebenarnya telah berjaya menghasilkan rekaan yang jauh lebih baik berbanding rekaan di atas ini. Malangnya, apabila tiba di bahagian “production” pelbagai masalah & halangan yang timbul untuk direalisasikan sepenuhnya kerana mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Rekaan MPV pun ada yang boleh sebenarnya mengalahkan Toyota Estima tetapi sekali lagi masih berdepan dengan masalah untuk direalisasikan disebabkan faktor pengurusan, kos, pembekal, faktor kejuruteraan, dan juga faktor pelanggan itu sendiri perlu diambil kira…

P/S : Kepada Ahli POCM mane yang nak tukar kete, leh la kot beli Preve Facelift ni..mungkin banyak dah buat penambahbaikan..

No comments:

Post a Comment