Kete Standard pun Bole Join.. Janji Proton..

http://protonownerclubmsia.blogspot.com

Thursday, January 24, 2013

Gambar Proton Preve Facelift Design Yang Terkini..



Proton Preve 2012 Gambar Proton Preve Facelift Design Yang Terkini. Apa Komen Anda?
Proton Preve Facelift

Ramai rupanya anak tempatan kita yang berbakat dalam di mana bidang rekabentuk sehingga terhasilnya rekaan yang dilakukan seperti yang anda lihat pada gambar Proton Preve di atas ini.
Sekali pandang rekaan Proton Preve Facelift yang dilakukan oleh pemilik portal www.fenoria.com ini, masih lagi mengekalkan identiti Proton Preve. tetapi apabila diteliti daripada aspek beberapa elemen pengubahsuaian rekabentuk yang cuba diterapkan tampak ada dipengaruhi elemen rekabantuk daripada Hyundai Sonata/Elantra. Walaubagaimanapun,kami boleh katakan satu usaha yang baik daripada kalangan anak tempatan. Tahniah kami ucapkan…
Hakikatnya idea-idea tempatan sememangnya banyak. Kebanyakan rekaan yang terhasil adalah sangat menarik. Proton styling designer pun sebenarnya telah berjaya menghasilkan rekaan yang jauh lebih baik berbanding rekaan di atas ini. Malangnya, apabila tiba di bahagian “production” pelbagai masalah & halangan yang timbul untuk direalisasikan sepenuhnya kerana mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Rekaan MPV pun ada yang boleh sebenarnya mengalahkan Toyota Estima tetapi sekali lagi masih berdepan dengan masalah untuk direalisasikan disebabkan faktor pengurusan, kos, pembekal, faktor kejuruteraan, dan juga faktor pelanggan itu sendiri perlu diambil kira…

P/S : Kepada Ahli POCM mane yang nak tukar kete, leh la kot beli Preve Facelift ni..mungkin banyak dah buat penambahbaikan..

Wednesday, January 9, 2013

Sticker Terbaru..

 

 Logo di atas ialah satu contoh sticker/pelekat TERBARU untuk dilekatkan pada kereta ahli2 kelab..mungkin ada penambahbaikan di masa akan datang..

Aktiviti BBQ bersama ahli kelab POCM..

Asalamualaikum semua.. di harap semua dalam keadaan baik dan sihat sejahtera hendaknya..baru-baru ini kelab telah menganjurkan aktiviti BBQ bersama ahli2 kelab yang bertempat di RRI Sg. Buloh..sambutan amat menggalakkan..Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara semua ahli berikutan ini aktiviti pertama pada tahun 2013..

acab sedang membakar sesuatu..(tak taula ape)

Antara hidangan yang siap untuk dijamu.

Ahli2 kelab sedang menjamu selera

Bakar bang jangan tak bakar.

Belum siap lagi ni

Otai kite Abg Sham sedang memeriksa sesuatu.

Ni minyak ke sirap?

sapela yg makan tak buang ni

Ah sang sedang memilih mangsa untuk di bedal..pphal  pose dulu

Fakrul si tangan kebal

sabar wan..tak masak lagi tu..

sambil masak, sambil sms..terer nye ida..marlia tekun menunggu kentang masak

Antara penguji rasa POCM

Terbaek!!

Gambar Sebelum

Ahli baru dan lama berpisah tiada..siap pegang pinggang tu..hehe

Antara hidangan pembuka selera

Makan, makan jugak..Papehal pose dulu..

Kepada ahli2 semua boleh mengikuti blog ini di laman facebook..segala aktiviti terkini kelab akan disiarkan di blog ini..